Tuesday, February 22, 2011

Kemahiran Berfikir Dan mengawal emosi

Untuk menjadi terbaik bukannya perkara yang sukar.Cuma jangan menanam niat untuk menjadi seorang yang sempurna.Kerana kesempurnaan itu hanya ada padaNYA.Kita hanyalah insan kerdil yang banyak melakukan kesilapan.Dalam kehidupan banyak yang perlu kita lalui.Sama ada rela ataupun sebaliknya.Namun apa yang kita lalui itu sebenarnya akan mematangkan diri kita sendiri. Dan kita perlu belajar dari pengalaman lepas untuk mencapai satu tahap dimana kita mampu berfikiran lebih baik dan relevan di dalam mengendalikan diri kita sendiri.

Perkara penting yang perlu kita tekankan dalam diri kita ialah kemahiran berfikir.Kemahiran berfikir ini ialah satu jenis kemahiran yang membolehkan kita membuat sesuatu keputusan yang tepat dan keputusan yang positif.Kemahiran berfikir inilah yang akan membezakan diri kita dengan orang lain.Contoh,seseorang yang mempunyai kemahiran berfikir yang rendah pasti tidak akan mengendahkan orang ramai jika dia hendak memaki hamun apabila perasaan marah menguasai diri seseorang itu.Tetapi bagi seseorang yang mempunyai tahap kemahiran berfikir yang agak baik akan dapat menilai apakah kesan jika dia menunjukkankan emosinya yang kurang baik di hadapan orang ramai.

Sesetengah individu lebih cenderung meluahkan perasaan mereka di laman maya seperti facebook dan sebagainya.Namun tanpa mereka ketahui tindakan itu sebenarnya hanyalah mempamerkan kelemahan mereka kepada individu lain.Ini kerana kebarangkalian seseorang itu memberikan persepsi yang kurang baik apabila seseorang itu meluahkan emosi amarahnya di dalam ruangan facebook adalah sangat tinggi.

Sebenarnya kemahiran berfikir ini adalah kesinambungan kepada kemahiran mengawal emosi.Perkara penting ialah bagaimana kita mengawal emosi kita sendiri.Emosi adalah perasaan yang mempengaruhi kelakuan seseorang individu.Sama ada perasaan gembira ataupun sebaliknya.Sebagai manusia yang punya akal fikiran kita harus tahu untuk mengawal emosi.Jangan biarkan emosi yang mengawal diri kita tapi biar akal fikiran kita yang mengawalnya.Jika seseorang itu dapat mengawal emosinya pasti setiap tingkah laku nya di senangi oleh semua orang dalam apa jua keadaan.

Kata-kata Hikmah…

“Seseorang yang kuat bukannya dinilai dari segi fizikal..Tetapi kekuatan seseorang itu adalah sama ada dia mampu mengawal emosinya ataupun sebaliknya”